Monday, January 10, 2011

SMK Belawai Bukan Indah Khabar dari Rupa

Semenjak 2, 3 tahun ini, wajah SMK Belawai semakin bertukar kepada satu wajah yang sedap dipandang mata. Kalau dikhabarkan bahawa SMK Belawai semakin cantik, sememangnya ia bukanlah suatu yang indah khabar dari rupa. Pelbagai pembaharuan dari segi insfrastruktur telah dilakukan dan kalau dibandingkan dengan SMK Belawai 5 tahun yang lepas, prasarana dan  SMK Belawai telah dinaiktaraf melebihi 100%.

Permulaan tahun 2011 ini menyaksikan projek besar membaiki Dataran Ilmu dan tempat letak kereta guru. Selepas selesai projek ini, warga SMK Belawai bolehlah berhimpun dengan selesa dan sudah tentunya rupa SMK Belawai semakin menawan dan amat membanggakan.
 
Bukan Dataran Ilmu sahaja yang mengalami perubahan, pelbagai lagi perubahan insfrastruktur telah berlaku di SMK Belawai. 'A picture worth a thousand words'. Jadi, lihat sahaja himpunan gambar-gambar SMK Belawai dan cuba bandingkan SMK Belawai 5 tahun lepas di kotak fikiran anda!

 Visi dan Misi

 Blok Akademik

 Laluan ke Blok Akademik

 Kantin Sekolah

 Pelbagai Papan Notis

 Penunjuk Arah

 Tempat Letak Motorsikal Guru

Papan Countdown SPM/PMR

Terdapat banyak lagi kemudahan yang baru di SMK Belawai. Diharap semua perubahan dan pembaharuan ini akan meningkatkan semangat warga SMK Belawai untuk berjuang dengan bersungguh-sungguh mencapai matlamat: SMK Belawai Sentiasa Cemerlang!

3 comments:

  1. assalamualaikum...

    walaupun sy bukan bekas pelajar SMKB tp sy pernah berkhidmat sbg GSTT di SMKB pada tahun 2000..mamang byk perubahan dan nampak sekolah ni makin nampak lebih cantik dan selesa Memang patut dibanggakan...teruskan usaha.

    ReplyDelete
  2. Saya bersekolah di SMKB sesi 1996-2000 sangat berbangga dengan perkembangan semasa bekas sekolah saya ni. kalau ada rezeki nanti nak apply jadik cikgu sandaran di SMKB. Insyallah. kepada semua pelajar SMKB, usaha rajin-rajin, belajar kuat-kuat. tengok dalam mata ibu bapa anda...kenang jasa mereka, jangan hampakan harapan mereka.

    ReplyDelete
  3. kenangan terindah bersama warga SMKB : Kem Motivasi 1996/97..selepas 15 tahun terlalu banyak perubahan di SMKB, but the sky is the same blue sky that i love so much, i still dream of coming back to Belawai. A place that felt very much like home to me even though i was just passing by.

    ReplyDelete