Di entry yang sebelum ini, SMK Belawai Bukan Indah Khabar dari Rupa, ada disebutkan tentang projek pembinaan Dataran Ilmu SMK Belawai. Kali ini, sekadar nak berkongsi sedikit kisah lucu di sebalik pembinaan tersebut.
Disebabkah hujan yang turun dengan lebat seminggu dua ni, pembinaan tersebut tergendala sebentar. Dan saliran air hujan pun belum lagi dibuat di kawasan tersebut menyebabkan air banyak bertakung di situ. Maka, guru-guru dengan daya kreatif dan inovatifnya membuat laluan menggunakan kayu untuk merentasi kawasan tersebut. Bila sahaja lalu di situ, terasa seperti berada di kawasan pendalaman yang mana terpaksa meniti jambatan kecil untuk ke sekolah. Tapi kali ini, dari blok pentadbiran ke kantin :)
"Baik-baik, Pn. Norlela. Ingat orang tersayang yang jauh di mata."
En. Mohd kita yang sentiasa tersenyum gembira
Seperti peribahasa melayu, "Bersusah dahulu, bersenang kemudian", begitulah harapan untuk Dataran Ilmu SMK Belawai kita ini :)
No comments:
Post a Comment