Monday, January 17, 2011

EduwebTV: Manfaatkan Internet untuk Timba Ilmu

Rasanya nama EduWebTV bukanlah satu nama asing bagi semua pendidik Malaysia. Malah di SMK Belawai, pernah diadakan satu sesi LDP berkaitan EduWebTV pada tahun 2010. Tapi sejauhmana ianya digunakan oleh guru dan pelajar? Kita tinggalkan sejenak persoalan itu. Entry kali ini adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak maklumat berkaitan EduWebTV ini dan bagaimana kita boleh memanfaatkannya untuk proses pembelajaran dan pengajaran.


EduWebTV mempunyai 4 bahagian utama iaitu Berita, Rancangan Khas, Kurikulum dan Panduan.





BAHAGIAN BERITA:
Di bahagian Berita, terdapat pelbagai video berita berkaitan pendidikan dimuatkan. Video-video di bahagian ini yang terdiri dari video Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diupdate pada setiap hari persekolahan iaitu dari Isnin ke Jumaat. Tajuk video pun diberi berdasarkan tarikh harian. Memang berguna untuk kita menambahkan pengetahuan semasa berkaitan dunia pendidikan. Satu berita yang tak sampai 5 minit  untuk ditonton pastinya mampu memberikan banyak input jika dilakukan setiap hari.


BAHAGIAN RANCANGAN KHAS:
Bahagian Rancangan Khas memaparkan pelbagai video bercorak rencana tentang sesuatu kegiatan atau aktiviti. Kebanyakannya mempertontonkan persembahan yang dilakukan oleh pelajar, hasil karya pelajar dan pelbagai program ko-kurikulum yang menyatupadukan masyarakat di peringkat sekolah, kolej dan universiti.


BAHAGIAN KURIKULUM
Bahagian Kurikulum pula mengandungi video akademik yang sangat berharga. Pelajar boleh menonton video-video ini untuk mempelajari sesuatu topik dalam matapelajaran tertentu. Guru pula boleh menimba ilmu pedagogi melalui video-video ini selain boleh memuat turun video yang berkaitan untuk dipertontonkan kepada pelajar sebagai alat bantu mengajar.


BAHAGIAN PANDUAN:
Bahagian Panduan pula memuatkan pelbagai panduan peperiksaan PTK, STPM dan MUET, permohonan biasiswa, permohonan ke program matrikulasi dan banyak lagi. Semua video mengandungi info yang sangat berguna untuk mereka yang terlibat dalam menguruskan bahagian-bahagian ini dan untuk mereka yang mahu menduduki peperiksaan PTK, STPM atau MUET.


Dari keempat-empat bahagian ini, rasanya bahagian Video Kurikulum memang dapat banyak membantu dalam P&P. Jadi jika ada masa dan peluang, gunakanlah sebaik mungkin kemudahan yang ada :)


Selalu-selalulah layari EduWebTV :)

No comments:

Post a Comment