Tuesday, January 18, 2011

Papan Notis Rumah Sukan 2011


Fuhhh.. alhamdulillah, siap juga papan notis rumah sukan untuk tahun 2011. Papan notis untuk rumah sukan ni disiapkan awal rentetan dari Kejohanan Olahraga yang akan dijalankan pertengahan bulan Februari nanti. Jadi mungkin ianya diperlukan oleh guru-guru penasihat Rumah Sukan untuk meletakkan maklumat-maklumat berkaitan.


Di SMK Belawai, kami mempunyai 4 Rumah Sukan berdasarkan warna dan nama tokoh negara. Bermula dengan biru yang melambangkan rumah Tun Abdul Razak, hijau untuk Tunku Abdul Rahman, merah untuk Tun Dr Mahathir dan kuning untuk Tun Hussein Onn. Mungkin selepas ni, beberapa rumah sukan lagi akan ditambah; Rumah Sukan Pak Lah dan Najib mungkin menyusul. (sekadar gurauan ye)

Diharap keempat-empat rumah sukan ini akan memanfaatkan ruang papan notis yang telah disediakan dengan sebaiknya. Dan tak lupa juga terima kasih kepada pelajar yang membantu menghias papan notis ini. Nampaknya mudah tapi sebenarnya agak leceh juga. Namun, apa yang penting ialah kerjasama! 

No comments:

Post a Comment