Sunday, July 3, 2011

1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Pada 2 Julai 2011, kira-kira 1082 orang pelajar SMK Belawai dan beberapa sekolah rendah di sekitarnya telah menyertai Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia bersempena pelancaran Dasar 1 Murid 1 Sukan.
Program dilancarkan di SMK Belawai dengan kehadiran tetamu YDP dan AJK PIBG serta SAO Daerah Belawai, serta ibubapa pelajar.
Kementerian Pelajaran Malaysia melancarkan Dasar 1M 1S (1 murid 1 sukan) ini agar setiap murid dapat memanfaatkan sukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

Aktiviti dimulakan dengan senamrobik

Pelepasan murid sekolah rendah

Pelepasan pelajar SMK Belawai
Pelajar-pelajar SMK Belawai

Program diakhiri dengan aktiviti cabutan bertuah

Saturday, June 18, 2011

Sambutan Hari Guru SMK Belawai

Sempena meraikan guru-guru di SMK Belawai, satu majlis sambutan diadakan dengan dihadiri dan dirasmikan oleh YB Datuk Hjh Norah bt Abdul Rahman, Ahli Parlimen Tanjung Manis pada 14 Jun 2011. Kemeriahan jelas dirasai. SMK Belawai turut menerima durian runtuh dari YB atas peningkatan dan kecemerlangan sekolah dari semasa ke semasa. Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang baik dalam PMR 2010 juga menerima saguhati hasil dari kesungguhan untuk memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Semoga pelajar-pelajar cemerlang ini menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain.

Warga Pendidik SMK Belawai

Ketibaan Tetamu Kehormat

Friday, May 27, 2011

Selamat Bercuti


Cuti penggal pertama bermula esok. Untuk para pelajar rancanglah cuti dengan aktiviti yang bermanfaat. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah:

1. Menyiapkan kerja rumah
2. Ulangkaji berkumpulan
3. Mengembara atau melancong
4. Menyertai bengkel/kursus kemahiran jangka pendek
5. Menghadiri kelas tambahan/persediaan untuk peperiksaan awam
6. Membantu ibu bapa

Yang penting, jangan buang masa atau menjadi seperti sebahagian mereka di bawah ini:

Monday, May 23, 2011

Pertandingan Permainan Tradisional PSK Ting 2

Pertandingan ini diadakan untuk Program Khidmat Masyarakat Tingkatan 2



Tahniah kepada para peserta dan juga para pemenang.

Tuesday, May 17, 2011

Perutusan Khas Hari Guru : YAB Perdana Menteri Malaysia


بسم اللهررحامانيررحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam 1Malaysia.
Para guru yang dirai dan dimuliakan sekalian,
  1. Pada hari yang bermakna ini, saya ingin mengambil peluang sebagai Perdana Menteri Malaysia juga bagi pihak kerajaan, rakyat, diri saya dan isteri untuk mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada para guru. Hari ini merupakan hari kita meraikan serta memberi pengktirafan kepada mereka.
  2. Sesungguhnya, jasa mereka yang begitu besar, budi mereka yang  ditabur serta khidmat bakti mereka kepada negara tidak mungkin akan dapat diimbal dengan seadilnya. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu memberikan ganjaran setimpal.
  3. Hakikatnya, sejarah pembangunan Malaysia dilakar melalui kalam para guru, ia disuburkan hasil jerih payah dan pengorbanan warga pendidik  di bilik-bilik darjah dan padang-padang permainan. Sebetulnya lagi,  sebuah negara yang maju, sebuah tamadun yang hebat, tidak mungkin terbina tanpa insan yang bergelar guru.
  4. Hari ini, di setiap ceruk rantau negara, para guru tanpa mengenal penat lelah senantiasa membawa cahaya harapan kepada anak-anak Malaysia. Para gurulah yang membuka pintu gedung ilmu pengetahuan, membolehkan penerokaan khazanah minda seterusnya  mengoptimumkan potensi modal insan negara.