Saturday, January 8, 2011

5 Perkara Baru di Tahun Baru 2011

Setelah bercuti selama hampir 2 bulan, tahun baru 2011 pun menjelma dan sekolah pun buka kembali. Tahun ini diharap dapat memberi semangat baru untuk guru-guru menjalankan tugas dengan lebih amanah dan untuk pelajar-pelajar menimba ilmu dengan lebih bersungguh-sungguh.

Tahukah anda di tahun baru ni, ada beberapa perkara baru di SMK Belawai? Kalau di kira-kira mungkin ada banyak lagi tapi hari ni Warta SMK Belawai ingin berkongsi sekadar 5 perkara baru yang menarik untuk diketahui bersama :)

Satu: Visi Sekolah Baru



Berakhirnya 2010 maka berakhirlah visi kita yang lama yang berbunyi 'SMK Belawai Cemerlang 2010' dan bermula tahun 2011 ini, SMK Belawai mula berjuang dengan semangat baru bervisikan 'SMK Belawai Sentiasa Cemerlang'.


Dua: Guru-Guru Baru
SMK Belawai mengalu-alukan kedatangan guru-guru baru, yang tetap dan sandaran. Guru tetap yang baru ialah Cikgu Khasmini(1) dan Cikgu Amalyna(2). Tak lupa juga Cikgu Jegateeswary(3) dan Cikgu Yuggeneswary(4) yang datang lewat tahun lepas. Dan empat guru sandaran yang bakal banyak membantu tahun 2011 ini ialah Cikgu Maszura(5), Cikgu Najla(6), Cikgu Fuad(7) dan Cikgu Syed(8).

Tiga: Tender Kantin Sekolah Baru


Bangunannya masih sama seperti tahun lepas tetapi isinya yang berubah. Tender yang bertukar tangan ni diharap dapat menyediakan perkhidmatan pantas dan makanan yang sedap dan berkhasiat untuk pelajar-pelajar, guru-guru dan staf-staf mengumpul tenaga sebelum memulakan perjuangan harian belajar dan mengajar.

Empat: Pengantin Baru
Tahun 2011 ni juga gelaran Cik pada Cikgu Norlela bertukar kepada Puan selepas beliau menamatkan zaman bujang anak daranya pada bulan Disember 2010 yang lalu bersama suami tercinta, Selamat Pengantin Baru dan semoga kekal ke akhir hayat :)

Lima: Kereta MyVi Pink Baru
Tidak dilupakan juga kereta MyVi baru milik Cikgu Jamaah Elia yang membuatkan tempat letak kereta SMK Belawai berseri-seri dengan warna merah jambu berkilatnya. Kereta ni pun antara yang baru di sekolah kita sempena Tahun Baru 2011 ni . Dengan ucapan, bolehlah bawa semua ke Sibu naik kereta pink bila jalan ke Sibu siap nanti (sekadar gurauan).

Apapun yang baru 2011 ni, diharap semangat dan kesungguhan juga diperbaharui. Mari sama-sama kita jadikan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya! Selamat berjaya!

No comments:

Post a Comment