Monday, May 11, 2009

Perlawanan Bola Tampar : Sukan Komuniti Bestari Kpg. Belawai 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kiriman: Cg. hustler2616@yahoo.com

10 Mei 2009, Ahad. Bertempat di Gelanggang Bola Tampar SK Abg. Gesa, Belawai kejohanan Bola Tampar sempena Sukan Komuniti Bestari Kpg. Belawai telah membuka tirainya.

Jam 4.30 petang, pertandingan bola tampar kategori perempuan dimulakan dengan pasukan SMK Belawai (pelajar) melawan Pasukan Badminton Kpg. Belawai dengan berkesudahan SMK Belawai berjaya menewaskan pihak lawan.

Perlawanan kedua ialah di antara SMK Belawai (pelajar) melawan SMK Belawai A (guru). Perlawanan ini juga dimenangi oleh pasukan SMK Belawai (pelajar). Perlawanan ketiga ialah di antara pasukan SMK Belawai A melawan Pasukan Badminton Kpg. Belawai.

Perlawanan ini cukup sengit dan akhirnya kejayaan memihak pada SMK Belawai. Syabas kepada SMK Belawai. Yakin boleh. Pergi dengan harapan, pulang dengan kejayaan. Tunggu dan lihat aksi mereka minggu depan di tempat yang sama....

Aksi-aksi menarik;
Bergambar dengan pengurus pasukan (guru)
(di tengah-tengah barisan hadapan)




















Pasukan Bola Tampar (Pelajar)











Perlawanan lebih sengit minggu hadapan
Tunggu...

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

2 comments:

  1. Udah yah ke pengurusnyer..hehehehe. sampaikan salam pada pengurusnye ye...

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum,

    Tahniah untuk pasukan SMK Belawai...teruskan usaha...pastikan SMK Belawai Menang...Terbaik, Hebat....Saya akn nantikan keputusan Final Kelak...

    ReplyDelete