Wednesday, May 13, 2009

Lawatan, Taklimat serta Pemantauan Kualiti Mutu Kerja (KMK) dari PPD Mukah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kiriman: Cg.

Selasa. 12 Mei 2009 seramai 8 otrang pegawai dari PPD Mukah telah berkunjung ke SMK Belawai untuk tujuan lawatan, taklimat serta Pemantauan Kualiti Mutu Kerja (KMK).

Puan Mastura (Pen. PPD Mukah) dalam taklimat ringkasnya kepada semua guru SMK Belawai menegaskan perlunya semua pihak bekerjasama bersama-sama dan permuafakatan penting selain komited terhadap tugas yang telah diamanahkan agar hala tuju ke arah kecemerlangan dapat direalisasikan.

Beliau juga memuji usaha yang telah dilakukan oleh pihak sekolah dalam usaha mencapai target Cemerlang 2010. Antaranya ialah perubahan dari segi fizikal (keceriaan) selain keputusan peperiksaan PMR dan SPM yang meningkat saban tahun. Beliau percaya sekiranya usaha gigih terus dilakukan tidak mustahil suatu hari nanti SMK Belawai menjadi antara sekolah di Bahagian Mukah yang disegani menjadi contoh dari segala aspek.

Sama-samalah kita sebagai warga sekolah menyahut cabaran ini. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Gambar kenangan lawatan Pn. Mastura Pen. PPD Mukah
bersama Tuan Pengetua, PK Pentadbiran, PK HEM, PK Kk & Pegawai PPD Mukah




















Warga SMKB bersama mendengar taklimat ringkas Pen. PPD Mukah

No comments:

Post a Comment