Kiriman: Cg. hustler2616@yahoo.com
Tanggal 5 Mei 2009. Sejarah tercatat lagi. Kali ini buat julung kalinya 3 orang guru SMK Belawai (Cikgu Hasbi, Cikgu Sharifdin dan Cikgu Mohd. Termizi) pergi ke Mukah (menghadiri Bengel Pengurusan HEM anjuran PPD Mukah) dengan menaiki kereta sendiri sehingga ke Bandar Mukah.
Sesuatu yang sebelum ini di luar jangkauan minda memandangkan topografi Tg. Manis termasuk SMK Belawai yang dikelilingi lautan dan sungai menghalang kereta untuk sampai ke Mukah. Namun pada 1 Mei 2009, perkhidmatan feri yang menghubungkan Daro dengan Pulau Bruit telah mula beroperasi. Tg. Manis menerima tempias perkhidmatan ini.
Ya...jalan darat yang telah lama siap di bina kini sudah boleh digunakan secara maksima. Dengan adanya jalan darat dan perkhidmatan feri dapat merancakkan lagi pembangunan di kawasan kami, kerana jalan darat menjadi nadi penghubung dengan dunia luar.
Inilah nikmat pembangunan. Perkhidmatan terbaru ini memendekkan jarak antara Tg Manis dan Mukah dan sudah tentu menjimatkan masa serta tenaga. Terima kepada mereka yang telah merealisasikan impian kami dan penduduk sini amnya.

Salam,
ReplyDeleteSangat bertuah dan beruntungnya orang Belawai dan sekitarnya...
Pembangunan ini bakal merancakkan lagi industri berasaskan perikanan dan pertanian di kawasan ini.
Jaringan jalanraya ini bukan sahaja memudahkan perhubungan rakyat bahkan berupaya menjana pendapatan golongan petani dan nelayan.
Kini produk-produk perikanan dan pertanian yang diusahakan oleh golongan wanita nelayan di kawasan ini juga sudah dapat di pasarkan serta di kembangkan ke luar kawasan Belawai.
Terima Kasih...