Wednesday, April 8, 2009

Ceramah tentang Trafik, jenayah dan dadah dari Pegawai Polis IPD Sarikei

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kiriman: Hustler

SMK Belawai. 7 April 2009 bertempat di Dewan Barong SMK Belawai, pihak sekolah telah menjemput dua orang pegawai polis dari IPD Sarikei iaitu Sarjan Mohd. Alias Washim dari Bahagian Narkotik dan En. Rakawan Krishnan dari cawangan trafik.

Kedua-dua orang pegawai tersebut telah menyampaikan ceramah masing-masing selama 3 jam (bermula jam 7.00 hingga 10.00pagi). Di akhir ceramah telah diadakan juga sesi soal jawab. Sambutan daripada pelajar dan guru semasa sesi soal jawab sangat menggalakkan.

Bagi kami warga SMK Belawai, ceramah yang disampaikan amat bermakna dan banyak input yang kami terima tentang trafik, kesalahan juvana dan penyalahgunaan dadah.

Semoga ceramah sebegini akan menyedarkan kita sebagai pendidik dalam usaha untuk memajukan dan membangunkan modal insan iaitu pelajar kita sendiri. Bagi pelajar seharusnya ceramah sebegini akan menyedarkan diri anda. Jangan musnahkan diri sendiri, mengejar keseronokan yang hanya sementara. Biarlah kemenjadian pelajar kita betul-betul mengikut acuan yang kita kehendaki. Insan kamil, berakhlak, intelektual dan berinovasi serta berdaya saing.



















Para pelajar khusyuk mendengar ceramah

1 comment:

  1. Askum warga pendidik SMK Belawai.di harap anda semua sihat kehendaknya. di sini saya ingin merakamkan ratusan, ribuan dan jutaan terima kasih kepada semua warga pendidik smk belawai yang pernah mendidik dan membimbing saya sehingga berjaya menjadi seorang pendidik terutamanya kepada Cikgu Sakiah, Cikgu Tasmi, Cikgu Abu Seman, Cikgu Sharif Abdullah Buyong dan Cikgu Yusof yang telah mendidik saya sehingga berjaya menjadi insan yang berguna. akan ku kenang jasa dan budi kalian semua. hanya Allah saja yang dapat membalasnya. kenangan bersama cikgu-cikgu semua tidak akan saya lupakan. TERIMA KASIH CIKGU !!!!!!!!!! bekas pelajar SMK Belawai-CIkgu Shahrizan Ideris, Diploma Perguruan Malaysia, Institut Perguruan Tun Abdul Razak, KOta Samarahan, Sarawak-Pengajian Bahasa Inggeris.

    ReplyDelete