Tuesday, April 14, 2009

Inhouse Training EduWebTV

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kiriman: Hustler

Tanggal 7 April 2009 bermula jam 3.00 petang bertempat di perpustakaan sekolah SMK Belawai, telah diadakan taklimat dan tatacara menggunakan EduWebTV untuk semua guru. Fasilitator untuk taklimat ini adalah Cikgu Mohd. Ameer.

Beliau telah menghadiri kursus ini beberapa minggu yang lepas. Semasa taklimat tersebut guru-guru bukan sahaja belajar secara teori tentang EduWebTV tetapi juga praktikal. Semasa taklimat ini ada kalangan guru yang membawa laptop sendiri. Nampaknya EduWebTV ini sangat menarik dan sekiranya digunakan secara total dalam P&P dan pelajar dapat mengakses sendiri sudah tentulah ia dapat memberikan banyak info yang berguna.



















Guru-guru sedang khusyuk mempelajari Web TV.

No comments:

Post a Comment