Wednesday, April 8, 2009

Kejohanan Bola Sepak 2009 MSS peringkat bahagian Mukah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ulasan guru pengiring: Cg. Amer


Bertempat di Sekolah Menengah Agama Igan, telah diadakan Satu Kejohanan Bola Sepak 15TKB peringkat bahagian Mukah, kejohanan berlangsung selama 3 hari bermula dari 01/04/2009 sehingga 03/04/2009.


Sekolah kita (SMK Belawai) telah menghantar wakil bagi pasukan bawah 15 tahun, yang kebanyakannya di sertai pelajar tingkatan 3. Jawatankuasa pengelola membahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan Kumpulan B. SMK Belawai diundi di dalam kumpulan A bersama-sama 3 sekolah lain iaitu SMK Oya, SMK Mukah, SMK St. Patrick. Tuan Rumah diletakkan secara automatik di dalam kumpulan B. Di sini diumumkan keputusan untuk pertemuan di dalam Kumpulan A

  1. SMK Belawai Vs SMK Mukah 2-1
  2. SMK Belawai Vs SMK St. Patrick 2-0
  3. SMK Belawai Vs SMK Oya 0-0

Dengan ini SMK Belawai secara automatik menjadi Johan Kumpulan A, mengumpul mata sebanyak 7 mata dengan 2 kemenangan dan 1 seri. Pertemuan separuh akhir adalah antara johan kumpulan dan naib johan setiap kumpulan.SMK Belawai menentang SMK 3 rivers, keputusan perlawanan memihak kepada SMK Belawai, 1-0.


Penentuan tempat ketiga dan keempat adalah di antara SMK (A) Igan dan SMK 3 rivers,t empat ketiga dimenangi SMK(A) Igan dengan jaringan 2-0, perlawanan yang ditunggu-tunggu adalah perlawanan akhir diantara SMK Belawai dengan SMK Mukah. Sebaik tiupan wisel sepak mula, SMK Mukah menggandakan serangan, 10 minit pertama SMK mukah berjaya menjaringkan 2 gol akibat kelekaan bahagian pertahanan.


Tamat separuh masa pertama dengan keptusan 2-0. Bermula separuh masa kedua SMK Belawai berjaya merapatkan jurang dengan 1 gol, dengan masa perlawanan yang mencumburui, akhirnya SMK Belawai gagal sekali lagi di peringkat akhir walaupun serangan bertubi-tubi ke atas pihak lawan. Keputusan penuh perlawanan SMK Belawai tewas 1-2.


Apa yang paling dibanggakan ialah 9 daripada pelajar kita dicalonkan untuk mewakili bahagian Mukah untuk peringkat negeri yang akan diadakan pada 5-8 mei nanti yang akan diiringi oleh cg. Jeme. Semoga kejayaan ini menjadi perangsang dan pendorong kepada pasukan-pasukan yang akan mewakili sekolah. Sememangnya nama SMK Belawai digeruni lawan.

Sekian

















No comments:

Post a Comment