Wednesday, January 19, 2011

Jom Karaoke!


Pada waktu rehat setiap hari, Panitia Bahasa Inggeris SMK Belawai mengadakan sesi karaoke lagu-lagu dalam Bahasa Inggeris di Karaoke Corner, SMK Belawai. Sebenarnya program Karaoke ni dah mula dijalankan sejak 2010 yang dikendalikan oleh guru serba boleh kita, En. Braksonly.



Yang berbezanya pada tahun 2011 ini, guru-guru Bahasa Inggeris turut bergilir-gilir menguruskan aktiviti karaoke ini dan setiap pelajar yang menyertai akan diberikan merit. Program ini diharapkan dapat memperbaiki prestasi Bahasa Inggeris secara tidak langsung.

Kalau segan, boleh menyanyi ramai-ramai. Merit kena kongsi la ye :p

Dan bukan pelajar sahaja yang boleh ambil bahagian, guru-guru pun dialu-alukan sebagai menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris di sekolah. Lagi-lagi pula, guru-guru Sains dan Matematik.

 Guru-guru yang malu tapi mahu (ecececeh!)

Guru-guru yang sedang menunggu giliran menyanyi

"Fuhh..akhirnya dapat jugak pegang mic" Cikgu Amir berkata dalam hati.

Okay, rehat dah habis.. esok sambung lagi!

Jangan lupa join! Ada banyak lagu nak dinyanyi ni :)

1 comment:

  1. tahniah untuk cikgu yang terlibat. salah satu cara untuk meningkatkan mutu penguasaan bahasa inggeris dan juga untuk mengikis rasa segan dan gugup pelajar untuk bertutur dalam bahasa inggeris. ada masa cuti semester ni nak jengok2 aktiviti ini di SMKB. boleh join cikgu? lagu The Beatles ada?

    ReplyDelete