Sempena bulan Ramadhan mulia ini yang dijanjikan berbagai ganjaran dan pahala yang berlipat ganda, maka selayaknya bulan yang sarat dengan rahmat ini tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa sebarang aktiviti bagi mengisi ruang di dalamnya.
Dikesempatan ini, Panitia Pendidikan Islam telah mengambil inisiatif menjalankan berbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak. Bagi membolehkan aktiviti yang dirancang berjalan lebih lancar satu majlis perasmian "Fiesta Ramadhan" yang bertemakan "Jom Puasa" telah dirasmikan dengan jayanya oleh Tuan Pengetua SMK Belawai.
Sebarang maklumat lanjut tentang aktiviti yang dijalankan oleh Panitia Pendidikan Islam, silalah berkunjung ke blog Panitia Pendidikan Islam. (Klik di sini).
Semoga apa yang dirancang akan mendapat kemudahan dan keredhaan-Nya.
No comments:
Post a Comment