Sunday, September 6, 2009

Bersama Menyingkap Sejarah Nuzul al-Quran.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

17 Ramadhan Nuzul al-Quran

Bulan Ramadhan lebih dikenali dengan bulan al-Quran, di mana padanya al-Quran sebagai panduan kaum muslim telah diturunkan pada malam yang penuh berka.

Tarikh yang disepakati ulama tentang turunnya al-Quran atau "Nuzul al-Quran" ialah pada 17 Ramadhan. Walau pun terdapat segelintir ulama mengatakan pada tarikh yang lain seperti 24 Ramadhan.

Namun, sudah menjadi kemestian bagi umat Islam mengetahui serta mendalami isi kandungan yang terdapat di dalam al-Quran bagi memantapkan lagi tahap keimanan dan sebagai panduan hidup di dunia dan bekalan di akhirat.

Marilah menghayati malam Nuzul al-Quran.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment