Tuesday, March 3, 2009

SMKB Melakar Sejarah


SMKB Melakar SejarahSMKB Cemerlang 2010



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kejohanan Sukan Olahraga MSSG Mukah yang bertempat di kompleks Stadium Mini Daro telah melabuhkan tirainya pada 27/02/2009 yang lalu. Pelbagai acara telah dijalankan dengan jayanya. Bagi pasukan SMK Belawai, kejohanan inilah yang paling bersejarah setelah segala keringat dicurahkan serta amanat diberikan akhirnya ianya membuahkan hasil yang amat membanggakan kepada pasukan SMK Belawai seterusnya melakar sejarah buat sekolah.

Pasukan SMK Belawai telah menjuarai dalam kejohanan kali ini seterusnya sebagai juara keseluruhan di antara 10 buah sekolah dalam bahagian Mukah. Syabas diucapkan kepada semua atlet dan guru-guru pengiring di atas usaha kalian, SMKB Melakar Sejarah di bahagian Mukah.

SYABAS KEPADA PASUKAN SMKB

Dalam kejohanan tersebut, 3 atlet SMKB telah dipilih sebagai atlet terbaik dan memecah rekod MSSG;

1. Aznan bin Ramli
(Pecah rekod MSSG, Olahragawan keseluruhan
dan atlet terbaik kategori 18TKB)


2. Mohd. Railey bin Jeffery
(Pecah rekod MSSG dan atlet terbaik kategori 18TKB)

3. Mohd. Syamim bin Majid
(Atlet terbaik kategori 14TKB)


Foto sekitar kejohanan Olahraga MSSG Mukah




























Aksi Juara



















Tuan Pengetua dan PK. Kokurikulum memberi kata-kata perangsang kejayaan



















Hari Penyampaian Pingat



















Kenangan Bersejarah

1 comment:

  1. TAHNIAH SMKB...walaupun saya x pernah bersekolah di SMKB tp saya tetap berbangga dengan kejayaannya...chaiyok..chaiyok...

    ReplyDelete