Wednesday, March 4, 2009

Sekadar Renungan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertama sekali pengendali memohon kemaafan kerana dalam asyik mengemaskini blog ini, terlupa pengendali untuk membuka e-mailnya, membuatkan pengendali serba salah dengan kiriman yang agak lama telah dihantar oleh cikgu hustler2616.

Walau apa pun pandangan yang diutarakan oleh cikgu hustler2616 boleh dikatakan "tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas".

Kiriman: cikgu=> hustler2616@yahoo.com

16 Febuari 2009

Bermulanya pertarungan atlet rumah-rumah sukan smk belawai....
inilah masanya dan tempatnya pelajar menyerlahkan bakat kepimpinan, bakat dalam bidang sukan dan bakat mengurus sesebuah organisasi....

Hari pertama 16/2/2009 menyaksikan sekali lagi Rumah Tun Hussein Onn menunjukkan taringnya menggungguli carta pungutan pingat dengan mengumpul markah keseluruhan 100. Diikuti Tun Abd. Razak 71, Tunku Abd. Rahman 69 dan Tun Dr. Mahathir 46.

Sememangnya Rumah Tun Hussein sinonim dengan gelaran jagoan sukan. Untuk tujuan rekod, biarlah saya sertakan serba sedikit tentang sejarah kegemilangan Rumah Tun Hussein Onn. Sejak saya mula bertugas di sekolah ini pada 16 Mei 2002 banyak catatan kejayaan Rumah Tun Hussein Onn yang akan saya kongsikan bersama anda.

Pada tahun 2003 saya menerajui Rumah Tun Hussein Onn dan tanpa di duga pada tahun tersebut Rumah Tun Hussein Onn telah menjadi Juara dengan markah keseluruhan 400 lebih manakala naib johan pada ketika itu mengumpul markah sebanyak 245. bayangkan jarak pungutan markah tersebut. tahun 2004 peneraju Rumah Tun Hussein Onn bertukar tetapi saya masih kekal sebagai salah seorang guru rumah sukan tersebut. Keputusannya Rumah Tun Hussein Onn bergelar juara lagi. Tahun 2005 juara lagi. Tahun 2006 naib juara, 2007 dan 2008 juara lagi. Tahun 2009 Tun Hussein Onn berazam untuk meneruskan kecemerlangan. InsyaAllah...pasti berjaya dan boleh.

Fakta menarik Rumah Tun Hussein Onn (THO)

2003 - Ketua Guru Rumah THO - Cg. Hasbi
2004 - Ketua Guru Rumah THO - Cg. Hasbi
2005- Ketua Guru Rumah THO- Cg. Hasbi
2006 - Ketua Guru Rumah THO-Cg. Jubin
2007 - Ketua Guru Rumah THO- Cg. Mahaddir
2008- Ketua Guru Rumah THO- Cg. Burhan
2009 - Ketua Guru Rumah THO -Cg. Hasyim Rahimi

Tahukah anda????

Setiap kali kejohanan Sukan ini diadakan, pembaca lafaz ikrar kejohanan diketuai oleh atlet dari Rumah Tun Hussein Onn. Sah atlet Hussein Onn layak jadi ketua dan punya ciri-ciri pemimpin. Patut pun tiap tahun unggul di persada carta. Johan...he..he..he.jangan jealous, bukan auta tetapi fakta.

Asalnya Rumah Tun Hussein Onn warna rasminya ialah biru tua. Tahun 2006 rumah ini di arah untuk bertukar warna jadi kuning. warna biru diberi kepada rumah Tun Abd. Razak. Apa pun yang terjadi THO tetap unggul, tetap juara. walau pun saban tahun ramai guru ditukarkan ke rumah lain atas pembahagian oleh yang arif...keputusannya tetap sama.THO juara lagi. Cuma saya dan Cg. Abu jadi penghuni tetap THO setiap tahun....

Tahun 2009

THO tetap juara dari dulu, kini dan selamanya...hidup THO!!!!!


=> 2009 THO Tetap Unggul <=



No comments:

Post a Comment