Tuesday, May 6, 2008

Pelajar Pulai Bercuti

Pelajar-pelajar asrama SMK Belawai tidak melepaskan peluang untuk pulai bercuti di kampung halaman sempena cuti hujung minggu.

Seperti biasa sehari sebelum bercuti, para warden memberi amanat dan taklimat kepada penghuni-penghuni asrama SMK Belawai tentang langkah-langkah keselamatan semasa menaiki bot serta cara-cara pemakaian jaket keselamatan yang betul yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

Almaklumlah... pelajar-pelajar ini datangnya dari seluruh pelusuk kampung yang jauh dan pengangkutan utama mereka ialah bot-bot nelayan dan bot laju. Antara nama kampung ialah Sebako, Kedang, Paloh, Sebayan, Stalun dan sebagainya.

Antara warden yang memberi penerangan keselamatan; cikgu Mahadhir (cikgu Tun), cikgu Termizi (cikgu Bj) sambil diperhatikan oleh ustaz Md Rozaidi;

Pelajar khusuk mendengar taklimat pemakaian jaket keselamatan oleh warden asrama

Warden menunjukkan cara-cara pemakaian jaket keselamatan yang betul

Pelajar lelaki mula meninggalkan kawasan asrama


Pelajar perempuan berjalan pulang ke kampung



Pelajar Iban bersama-sama menunggu van untuk ke jeti

Guru-guru SMK Belawai turut mengiringi pelajar ke jeti

Guru-guru sempat ber'posing' di atas bot nelayan

Pelajar menaiki bot untuk pulang ke kampung halaman

Pelajar menyusun beg-beg mereka

Pelajar yang pulai ke kampung Stalun

Itulah antara gambar-gambar yang dapat dipaparkan bagi tatapan umum aktiviti pelajar semasa pulai ke kampung mereka...

Semoga selamat kembali!!!

2 comments:

  1. assalamulaikum

    warga smk belawai dikasihi,
    taniah atas kehadiran blog. kejayaan sdr firdaus abdullah sangat dikagumi.

    sahabat guru, selamat hari guru.
    sahabat pekerja, selamat hari pekerja.

    terima kasih kepada yang dirindui tn pegetua, kak sakiah, abg abu(hehe), cg jeme, cg sharifdin, kak maznah, mul, mizi, kak lela, kak aziah, cg azura, bro safidzan dan sheikh rozaidi. lambaian kasih dariku.

    kepada pelajar pd moral, semoga berjaya..

    mohamad ridhwan bin alias
    dari negeri rentap ke negeri mat salleh.

    cheguridhwan.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. assalamulaikum

    cikgu hasbi dan warga belawai yang dikasihi,

    sekali lagi tangan ini menulis.
    terima kasih cg hasbi kerana sudi menghantar majalah sekolah kepada saya. terharu hati dibuatnya.

    buat cg hasbi, anak saya baru seorang, isteri pun masih seorang. orang yg bertanya pun bila lagi ataupun sudah langsung tanpa berita.

    salam sayang, selamat hari guru

    chegu ridhwan

    ReplyDelete