Sunday, May 4, 2008

Pencapaian Peringkat Antarabangsa

Seorang pelajar dari SMK Belawai iaitu adik Mohd Firdaus Abdullah telah mengharumkan nama sekolah kerana telah terpilih untuk mewakili Negara ke Kejohanan Olahraga Little Athletic antara Australia, Singapura dan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 2007 dalam acara rejam lembing, 4 x 100, 4 x 400 dan 100m dengan membawa pulang 3 emas.


Pada tahun ini 2008, sekali lagi adik Mohd Firdaus Abdullah telah dipilih bagi kejohanan tersebut dan berjaya membawa pulang piala yang dimenangi.


Itulah komitmen dan daya usaha yang ditonjolkan oleh pelajar SMK Belawai bagi memberitahu dunia bahawa di sana masih terdapat juara yang mampu mengharumkan nama Negara walau pun letaknya jauh dari pandangan mata.

Teruskan perjuangan...


No comments:

Post a Comment