"Kalau anda tidak mengubah sikap dan cara fikir anda sekarang, anda juga pastinya mencapai sesuatu yang serupa 5 - 10 tahun yang akan datang".
Kejayaan mendapat 5A dalam UPSR, atau 8A dalam PMR, bukanlah jaminan untuk turut cemerlang dalam SPM. Tidak ada ertinya IQ yang tinggi serta kebolehan yang luarbiasa tetapi malas berusaha, tangguh kerja, main-main dan ambil mudah. Mereka ini berpenyakit tetapi tidak menyedarinya iaitu penyakit SIKAP. Penyakit sikap ini pula berbahaya kerana ia boleh membunuh harapan dan masa depan.
Cara fikir mengubah tingkah laku seseorang dan mempengaruhi sikap seseorang. Cara fikir sebenarnya sesuatu yang dipelajari dan ditiru melalui sumber-sumber seperti:
• Orang sekeliling - Ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan, idola
• Pengaruh media - TV, radio, internet
• Bahan bacaan - novel, majalah, akhbar, buku-buku.
• Persekitaran - Agama, bangsa, kebudayaan
• Peristiwa silam - besar atau kecil
• Pengalaman
Satu kelemahan otak ialah ia menerima segala maklumat yang dilihat, dirasa dan didengar ini, tanpa sekatan sama ada positif atau negatif. Apabila mesej yang sama diterima berulang-ulangkali maka sedikit sebanyak mula terbentuk kepercayaan dalam diri bahawa tidak salah untuk menerima pakai atau meniru cara orang lain ini. Keadaan ini berlaku diluar kesedaran seseorang. Ia berlaku dalam tempoh masa yang panjang sebelum menjadi lazim dalam pemikiran. Setelah ia menjadi kebiasaan segala tindak balas kita menjadi spontan dan kerap kali tindakan kita diluar kawalan diri.
Sebenarnya untuk berubah anda tidak memerlukan masa yang panjang. Masa yang panjang sebenarnya untuk kita mengumpul maklumat dan membina keyakinan serta kepercayaan sememangnya perubahan diri itu sesuatu yang mesti dilakukan. Setelah anda membuat keputusan tentang perlunya berubah maka perubahan berlaku serta merta.
Tiada yang menghalang kecuali diri anda sendiri. Kalau anda tidak mengubah sikap dan cara fikir anda sekarang, anda juga pastinya mencapai sesuatu yang serupa 5 - 10 tahun yang akan datang. Yang berubah ketika itu mungkin lokasi anda, rakan-rakan anda dan fizikal luaran anda tetapi dalamnya tetap sama. Kalau sekarang anda gagal di sekolah maka 5-10 tahun akan datang anda bakal gagal pula di alam pekerjaan. Sebab itulah anda perlu berubah, dan perubahan itu perlu dilakukan sekarang! Ingat, Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya, "tidak akan aku ubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka ubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri".
Artikel dipetik dari laman Motivasi Alihan Pelajar

No comments:
Post a Comment