Bermula tarikh 11 April sehingga 14 April 2011, seramai 5 orang Nazir telah membuat pemeriksaan biasa di SMK Belawai bagi mata pelajaran Sains, Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi dan Pendidikan Islam. Dalam tempoh lawatan itu, 18 orang guru telah dicerap. Pemeriksaan juga dibuat terhadap Unit Ko-Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Asrama dan Unit Kaunseling. Hasil dari pemeriksaan selama empat hari itu, pujian dan teguran diterima dari pihak Nazir.
"Ketua Panitia mengemaskini fail yang di tempatkan
di Bilik mesyuarat untuk pemeriksaan"
Objektif utama pemeriksaan adalah untuk melihat kemenjadian murid hasil dari pengurusan sekolah dan pembelajaran dan pengajaran guru. Semoga semua guru dapat melakukan penambahbaikan terhadap teguran-teguran pihak Nazir seterusnya bersama-sama menjayakan visi sekolah "SMK BELAWAI SENTIASA CEMERLANG" dalam semua bidang.
No comments:
Post a Comment