Tuesday, April 19, 2011

Kelab TaHa

Pada hari ini telah diadakan Pelancaran Kelab TaHa oleh Tuan Pengetua semasa perhimpunan rasmi sekolah pagi tadi. Apa itu Kelab TaHa? Berikut adalah sedikit maklumat mengenai Kelab TaHa;


Penubuhan:

1. Penubuhan Kelab TAHA ini adalah kesinambungan kepada Program Promosi Skim Hadiah Galakan Sekolah-Sekolah Malaysia (SHGSSM) yang telah berjalan selama 20 tahun.


2. Menarik minat para pelajar sekolah menjadi ahli Tabung  Haji  serta 
memastikan  produk  Tabung Haji TH  relevan  dan  semakin   dikenali  di  pasaran.




























Objektif

1.Menanam minat menabung sejak di bangku sekolah.
2.Menyemai rasa bangga menjadi ahli Tabung Haji di usia muda.
3. 
Menganjurkan program - program  khas  untuk  manfaat   tambahan   kepada   ahli  kelab 
seperti klinik bimbingan peperiksaan, perkhemahan ibadah dan sebagainya.
4.Menyumbang dan melibatkan diri dalam program CSR seperti yang digariskan dalam
'Silver Book' peningkatan kecemerlangan pelajar.
5.Mempelbagaikan program untuk pendeposit muda dan membangkitkan keinginan
 menyahut laungan Kaabah di usia muda.

Pada hari sebelumnya juga, pihak Tabung Haji turut menyampaikan sumbangan untuk
anak-anak yatim SMK Belawai.

Maklumat lanjut sila layari: http://www.tabunghaji.gov.my/th/th/THKelabTaHaTH.htm

No comments:

Post a Comment