Saturday, February 26, 2011

Sukan Tahunan SMK Belawai 2011 - Imbasan Hari Kedua

Hari Kedua Kejohanan Olahraga SMK Belawai 2011 ni adalah sambungan untuk acara padang hari pertama.

Seperti biasa, bahagian urusetia yang paling sibuk menguruskan peserta. Suara Cikgu Sakiah kedengaran jelas di mana-mana tempat. :)


Diteruskan dengan acara lompat jauh kategori L1

3 guru pencatat keputusan kejohanan terus menunggu sehingga selesai semua acara

Topi petani tu memang amat popular semasa hari sukan memandangkan cuaca yang amat panas.
Cikgu Rafidah kelihatan gembira..kenapa agaknya? hehe
Cikgu Ghani melepaskan lelah setelah ke sana ke mari memastikan semua acara berjalan lancar.

Acara Rejam Lembing yang diadili oleh guru berpengalaman, Cikgu Abu Seman.

Itulah sekadar imbasan Hari Kedua Sukan Olahraga Tahunan SMK Belawai. Sebelum mengakhiri entry, terimalah 2 lagi gambar hasil photoshop untuk Hari Kedua.

Eh..tiba-tiba hilang orang. Nampak kaki sahaja.
Untuk makluman, peserta baik-baik saja. Tiada kecederaan ringan pun.

Buah hati Ustazah Suhaibah dan Ustaz Husni Zaim.

Aksi lompatan paling menarik dalam koleksi yang sempat disnap semasa acara lompat jauh.

1 comment: