Pada tahun 2010 ini SMKB telah membuat sedikit anjakan dengan mengadakan seminar dan bukannya kem seperti pada tahun-tahun yang lepas.Seminar Kepimpinan Pengawas peringkat sekolah menengah ini diadakan bertujuan memberikan pendedahan dan latihan kepimpinan untuk membina, memupuk dan mengukuhkan ciri-ciri kepimpinan dalam diri murid. Seminar kepimpinan Pengawas berlangsung selama 3 hari iaitu 23 Feb hingga 25 Februari 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat Guru
Objektif Seminar ini telah pun tercapai sepenuh nya iaitu 2.1 Mempelajari ciri-ciri pemimpin yang cemerlang dari segi nilai hidup,tanggungjawab, perinsip,kematangan fikiran dan keperibadian. 2.2 Mempelajari kemahiran berkomunikasi yang berkesan 2.3 Mengenal diri dari segi kekuatan dan kelemahan sebagai seorang pemimpin
Sekarang terpulang kepada diri pengawas itu sendiri untuk mengadakan anjakan pradigma dalam diri masing-masing agar mampu membawanya kepada realiti. Sememangnya praktis lebih sukar daripada teori tetapi kita percaya kepada badan pengawas pada tahun ini akan mengadakan sedikit perubahan dan boleh membanggakan pihak guru dan sekolah,amnya. |
No comments:
Post a Comment