Thursday, May 28, 2009

SMK Belawai terus meniti kecemerlangan



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kiriman:
Pada 5-8 Mei 2009 yang lepas, bertempat di Stadium Limbang telah berlangsung Kejohanan Bola Sepak 15 Tahun Ke Bawah Peringkat Negeri Sarawak. Seramai 9 orang pelajar dari SMK Belawai telah terpilih untuk mewakili skuad Bahagian Mukah.

Mereka ialah adik Mohd. Jazmi Zarfan B. Jeme, Mohd. Alfian B. Yahya, Nurul Izzaka B. Waini, Shahrul Nizam, Mohd. Shahrir B. Abu Seman, Mohd. Fadzli Maula Malem, Mohd. Hisyammudin B. Hakim (Kapten), Mohd. Fitri B. Kahar dan Mohd. Ridzuan B. Juni..

Menariknya dalam aksi sulung pelajar SMK Belawai dipilih untuk mewakili Bahagian Mukah ke kejohanan tersebut, pencapaiannya di luar jangkaan. Skuad Bola Sepak Bahagian Mukah telah mendapat tempat ketiga.

Tahniah diucapkan buat kontinjen Bahagian Mukah terutama buat jurulatihnya (Cikgu Jeme [SMK Belawai], Cikgu Ismail Keram [SMK Agama Igan], Cikgu Vincent {SMK TPDPH Normah, Daro dll), pegawai pengiring kejohanan serta semua pemain. Majulah sukan untuk semua.


1 comment:

  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera..

    Syabas dan tahniah SMK Belawai...

    Tahun 2010 bakal menjelma..bagi sesetengah orang mungkin masih terlalu awal untuk memperkatakan tentang 2010, maklumlah tahun 2009 belum pun sampai ke penghujungnya...

    Namun bagi saya, ianya tidak terlalu awal kerana semasa alam persekolahan dahulu (ketika itu tahun 2001) saya berada di tingkatan lima, sudah mula membincangkan mengenai cabaran yang bakal kita tempuh menjelang 2010...

    Bagi saya 2010 merupakan asas atau jambatan yang menghubungkan satu titik permulaan perancangan puluhan tahun dahulu dengan satu era seba canggih iaitu tahun 2020...

    jarak "perjalanan ke jambatan ini" hanya tinggal 10 tahun sahaja lagi...

    adakah kita sudah bersedia ke era ini...tepuk dada tanya selera...

    jadi para pelajar teruskan usaha untuk merealisasikan wawasan ini..

    saya percaya SMK Belawai Boleh!

    orang Belawai Boleh!

    Terima Kasih.

    ReplyDelete