Tuesday, May 26, 2009

SMK Belawai bolot hadiah Kejohanan Bola Tampar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kiriman:
24 Mei 2009. Ahad, pasukan Bola Tampar perempuan SMK Belawai telah menggungguli 3 tempat teratas dalam Kejohanan Bola Tampar Sukan Komuniti DUN N35 Belawai yang telah berlangsung di SK Abg. Gesa, Belawai.

Pasukan Ben 10 (pelajar SMK Belawai) telah menjadi johan, tempat kedua disandang Pasukan SMK Belawai B (Berbaju Merah) manakala Pasukan SMK Belawai A (Berbaju Biru) di tempat ketiga. Penutupan kejohanan tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Daerah Belawai , En. Abg. Mohamad B. Abg. Turkey.

Tahniah diucapkan pada pasukan SMK Belawai kerana berjaya meneruskan kecemerlangan di arena sukan.

Untuk pengetahuan, di Padang Kpg. Jerijeh masih lagi rancak berlangsung Pertandingan Bola Sepak Sukan Komuniti DUN N35 Belawai. SMK Belawai juga turut serta dalam pertandingan tersebut.

Selamat bertanding buat pasukan kita semoga mereka juga akan meneruskan cabaran ke pusingan seterusnya.
















1 comment: