Thursday, May 21, 2009

Aktiviti Pertama Hari Guru di SMKB. Meriah...!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sempena 16 Mei 2009 yang lalu, para guru (muda) di SMKB telah merancang dan memenuhi aktiviti program bersempena hari guru (hari mengenang jasa guru) dengan melakukan konvoi beramai-ramai bersama masyarakat sekitar mengunjungi kawasan setempat bagi mengeratkan lagi persaudaraan antara guru dan masyarakat.

Aktiviti ini telah dirancang oleh cikgu Termizi (guru kaunseling SMKB) untuk mendedahkan kepada guru-guru baru (semenanjung dan tempatan) mengenali kawasan sekitar dari Belawai ke Daro dan Matu.

Aktiviti ini khusus bagi guru dan masyarakat kampung yang mempunyai kenderaan sendiri (motosikal & kereta). Kos perjalanan ditanggung oleh pihak peserta sendiri.

Konvoi bermula pada 16 Mei 2009 pukul 6.30 pagi (masa awal yang dirancang) di pintu utama SMKB. Namun disebabkan masalah teknikal ianya bermula lebih kurang pukul 7 pagi.

Perjalanan mengambil masa selama 3 jam untuk sampai ke Daro dan ditambah setengah jam ke Matu. Dalam perjalanan ini, guru-guru berpeluang menaiki 4 buah feri, 1 buah feri besar, 1 feri sederhana dan 2 buah lagi kecil.

Kadar tambang bagi motosikal masih lagi percuma dan RM1 untuk sebuah kereta manakala lori, treler dan sebagainya masing-masing RM5-RM15. Mengikut pemberitahuan, kadar tambang ini merupakan promosi bagi pengguna selama 6 bulan.

Antara gambar yang sempat dirakam semasa konvoi tersebut;










Menunggu peserta untuk memulakan konvoi & menunggu feri



















Berehat di Matu




























Keajaiban dan Kuasa Allah s.w.t. tatkala sampai di Daro

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di SMK Belawai.

    Saya secara peribadi sangat kagum dengan usaha warga guru SMK Belawai yg begitu komited membangunkan blog sekolah ini sehingga membuka banyak ruang dan peluang kepada masyarakat diluar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan semasa pendidikan di Belawai.

    Semenjak melayari laman blog ini, saya begitu teruja dengan pelbagai aktiviti oleh warga pendidik dan para pelajarnya baik dalam bidang sukan mahupun akademik..

    Ini mengambarkan betapa warga pendidik disini komited untuk membangunkan modal insan dan mutu pendidikan anak-anak di Belawai.

    Saya berharap agar usaha untuk membangunkan modal insan ini dapat diteruskan demi kecemerlangan pendidikan anak-anak Belawai menjelang 2010...


    Terima kasih..syabas SMK Belawai.

    ReplyDelete