Sunday, April 5, 2009

Majalah Barong SMKB 2008 Diterbitkan!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, majalah rasmi sekolah iaitu Majalah Barong telah pun diterbitkan dengan jayanya. Berbagai maklumat, berita, aktiviti, program sekolah dan sebagainya yang telah dijalankan pada tahun 2008 termaktub di dalamnya.

Apa yang penting, majalah Barong keluaran kali ini lebih menarik berbanding tahun-tahun sebelumnya, di mana corak serta foto dalaman mampu menarik pembaca untuk memilikinya.

Selain dari kertas yang berkualiti, majalah ini juga berjaya disusun dengan rapi seolah setanding dengan majalah yang terdapat di pasaran.

Apa pun, seluruh warga SMKB mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sidang Redaksi Majalah Barong 2008 atas kejayaan kalian menerbitkan majalah sekolah kali ini.

Sekalung penghargaan tidak lupa diucapkan kepada seluruh Lembaga Koperasi SMKB, Koperasi SMK Belawai Berhad di atas kerjasama untuk menerbitkan majalah ini.
Majalah sekolah tahun 2007 dan 2008.

No comments:

Post a Comment