Sunday, November 9, 2008

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur kepada Ilahi atas kurniaan rahmat dan nikmat yang tidak pernah putus-putus kepada hamba-hambaNya dari pelbagai sudut antaranya nikmat kejayaan dan kecemerlangan sehinggakan tidak dapat dihitung pemberianNya itu. Namun apa yang pasti, segala nikmat itu akan digunakan ke arah kebaikkan sepenuhnya.

Dengan itu, unit KoKurikulum & PIBG SMKB telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan pada 31 Oktober 2008, hari Jumaat bertempat di dewan Sri Barong SMKB. Antara acara penyampaian yang telah dijalankan pada hari tersebut ialah;

Kategori Sijil dan Hadiah
  1. Sijil Penghargaan
  2. Sijil Penyertaan & Penghargaan
  3. Hadiah
  4. Anugerah Khas
Dipaparkan beberapa foto pada hari tersebut;

Antara tetamu-tetamu kehormat

Ketibaan Y.B. Dr. Murni bin Suhaili ADUN N37 Daro bagi mewakili
Y.B. Tuan Haji Hamden

Para ibu bapa memenuhi ruang dewan Sri Barong SMKB

Adik Mohd Firdaus bin Abdullah memenangi pelbagai anugerah
dan telah mengharumkan nama SMKB, Sarawak dan Negara.
Penyertaannya hingga ke peringkat antarabangsa

Adik Nur Shuhada Fitri binti Laihi memenangi anugerah khas iaitu
Anugerah Pelajar Contoh 2008 serta pelbagai anugerah lain


Adik Nur Aishah binti Ahmad Marzuki (tengah) memenangi
Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2008

Adik Nelson ak. Sana memenangi Anugerah Kecemerlangan Akademik 2008
yang diwakili oleh bapanya Sana

Demikianlah antara anugerah yang dapat dipaparkan diruang ini. Pelbagai anugerah telah diberikan kepada semua pelajar yang memenaginya. Syabas diucapkan kepada yang berjaya.
Jumpa lagi tahun hadapan...

1 comment:

  1. Syabas kepada sahabatku yang berjaya..majukan SMK Belawai ke peringkat antarabangsa...Hidup SMK BELAWAI !!!

    ReplyDelete