Thursday, September 25, 2008

Infaq dan Ziarah Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan rezki yang melimpah ruah kepada hamba-hambaNya dengan tidak putus-putus kurniaaNya.

Maka dengan itu, bagi mensyukuri nikmat kurniaan Ilahi, guru-guru SMK Belawai telah bersama-sama menjayakan progaram Infaq dan Ziarah Ramadhan bagi memenuhi tuntutan sesama Islam bantu membantu golongan yang daif dengan memberi sedikit sumbangan berupa bahan makanan dan keperluan harian kepada mereka yang memerlukan.

Program sumbangan tersebut telah berjaya dijalan di beberapa buah kampung, antaranya kampung Rajang, kampung Jerijeh, kampung Belawai dan kampung Semalau.

Di sini disertakan foto penyerahan sumbangan tersebut yang dijalankan di kampung Rajang pada Rabu 24/09/2008 jam 1630 yang diwakili oleh cg. Hasyim, cg. Faisal, cg. Alia, Ustazah Dayang, cg. Rogayah dan lain-lain;

Cg. Hasyim bersama Ustazah Dayang menyerahkan sumbangan yang pertama

Cg. Hasyim menunjukkan semangat untuk membantu mereka yang memerlukan

Cg. Alia menyerahkan sumbangan kedua


Cg. Wan Othman memberikan sumbangan ketiga
kepada warga kurang upaya (cacat penglihatan)

Bersembang sejenak dengan makcik dan saudaranya
Ustaz Md Rozaidi memberikan sumbangan keempat

Sumbangan kelima disempurnakan oleh cg. Rogayah

Sumbangan keenam diserahkan oleh Ustazah Dayang

Cg. Alia turut menjayakan penyerahan ketujuh


Penyerahan terakhir kepada ibu Hussin b Akup salah seorang pelajar SMKB

Itulah antara sumbangan yang telah berjaya diserahkan kepada mereka yang memerlukan di kampung Rajang. Manakala kampung Jerijeh, Belawai dan Semalau akan dipaparkan InsyaAllah...

SELAMAT BERBUKA PUASA DAN BERCUTI SEMPENA EIDUL FITRI

1 comment: